Sunday, 26 June 2011

Up Above the World So High...

Merenung dan termenung...Semenjak dua menjak ni aku seperti pungguk rindukan bulan...asyik mendongak ke awan..Rindukan sesuatu mungkin...Rindukan masa lapang, rindukan masa aku kecil. Mendongak dan merenung langit..Aktiviti aku pada masa lapang..Kalau waktu siangnya, baring kat tempat lapang atau padang lepas practice sukan or balik sekolah agama, tengok awan di langit biru..Bebola kapas pelbagai bentuk...

Malam lak, mendongak langit melihat bulan dan bintang...Mengukir imiginasi lampau. Patut la aku amat sukakan astronomi dulu. Masa sekolah rendah, hampir semua buku astronomi aku baca..Cuma tak menang kuiz sains angkasa je..Ha...Tapi itu semua telah berlalu..Aku rindukan masa lalu...



Jadi, tak mustahil lah kenapa semenjak dua menjak ni aku selalu berjalan mendongak ke atas..Melihat dan merenung langit...Balik surau time solat maghrib dan isyak, petang2 aft tapau makan...Best sangat..Cam orang angau dah...

2 comments:

  1. hahahahah! KANTOI TGH ANGAUU! kat sapeee??
    haahah!

    aku pon. lately, kerap renung langitt! hmmm...rase nak terbang pon, ade gakkk! =)

    ReplyDelete
  2. mana ada angau..burung bangau ada la...ngee...

    ReplyDelete